Iklan

Jumaat, 2009 Julai 10

Semenjak kebelakangan ini, kerap pula cicak di rumahku keluar dari pusat persembunyiannya. Apakah kerana mereka sudah dewasa? Apakah kerana aku selama ini buat tidak endah kehadiran mereka, mereka jadi kurang ajar?

Hampir enam tahun mendiami rumah ini, cicak-cicak mula berani menunjuk muka, menjalari dinding dan siling rumah. Dan anak-anakkulah yang terlebih 'excited'nya, hinggakan tidak mahu turun dari kerusi, menunjuk-nunjuk cicak di dinding.

Suruh tidur pun mahu berteman. Takut barangkali, cicak datang merayap ke badan tatkala dia tidur sendirian.

Kakak, kakak kan dah besar. Siapa lagi besar, kakak ke cicak.

Kakak lagi besar.

Sekali kakak tampar cicak tu, terus dia mati.

Ha'ah, cicak tu kecik aje.

Dah, babah nak sembahyang.

Tak nak! Nanti cicak tu tuwon (turun)

Hmph...



Macamanalah aku nak kasi mati cicak-cicak ni?

Dulu, masa kanak-kanak, kami buat lastik besar, guna menembak cicak-cicak di siling surau. Aktiviti mula lepas baca Yaa Sin, pada malam Jumaat. Malam Jumaat malam cuti mengaji. Sementara menunggu Isya', cicak-cicaklah yang kami hadap.

Kadang-kadang terasa kejam pula. Bukankah cicak juga makhluk Tuhan? Bukankah cicak tolong kurangkan bilangan nyamuk dan serangga-serangga lain.

Tapi, siapalah kita untuk menentukan yang zahir, mahupun yang batin. Sedang yang nyata terlihat tidak terketahuan benar atau lakonan, inikan pula yang masih belum tersingkap rahsianya.

Mungkn saintis Islam boleh kaji, kenapa agaknya Nabi suruh kita bunuh cicak. Mudarat sangatkah haiwan ini?

Hadis 2094 jilid 4 Muslim
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a. katanya “ Sesungguhnya Nabi saw. Telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakanya “Si penjahat kecil)=Fuwaisiqan

Hadis 2095 jilid 4 Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. Nabi saw. Sabdanya “Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul ditulis baginya pahala seratus hasanah, Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul, pahalanya kurang lagi dari itu”

Petikan hadis diambil dari sepaku.net.

Khamis, 2009 Jun 18

Saya ingin jadi PENULIS?

Dulu, masa zaman sekolah dulu, menjadi Penulis merupakan salah satu impian saya.

Tapi, saya tidak belajar untuk jadi penulis. Sangka saya, menulis itu sekadar mengeluarkan apa yang terlintas dalam fikiran. Menceritakan apa yang tergambar, menerangkan apa yang terucap, dalam hati.

Rupanya, itu cuma menulis, belum sampai tahap Penulis.

Dua tiga kali saya cuba, masih belum selesai usaha memaparkan penuh cerita yang ingin dicipta. saya belum berjaya menjadi Penulis... Itu sangkaan saya.

Oh, hari-hari pun saya menulis juga rupanya.

Laporan ini, kertas cadangan itu... Semua kena hantar, boss nak tengok dan baca. Kemudian simpan dalam fail. Nanti, kalau ada sesiapa yang ingin buat rujukan, akan baca laporan yang saya tulis. Saya dibayar gaji untuk menyediakan tulisan-tulisan itu.

Tapi saya bukan Penulis! Bahan teknikal yang saya tulis memang keperluan kerja saya dalam bidang pengurusan jaminan kualiti. Banyak menulis bukan bermakna saya Penulis...

Mungkin, suatu hari nanti...

Sebelum tu, nak cari, seni-seni menulis.

Isnin, 2009 Mei 11

aku, malam... dan warisan

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi di pijak milik orang

nenek moyang kaya-raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesama lah kita
c
inta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayu 'kan gagah di nusantara
melayu 'kan gagah di nusantara
melayu 'kan gagah di nusantara

Siapa pun yang menulis lirik/sajak ini, pasti merasa agak kecewa. Setelah sekian dekad berlalu, setelah sekian banyak jiwa yang mendengarnya, hasil yang dicapai masih tidak seberapa... dan Perak masih belum ketentuan esoknya...

aku, malam... dan warisan; sementara menanti 'upload' fail selesai.

Rabu, 2009 Januari 14

Ujian Kecerdikan dan Personaliti?

Bolehkah dipercayai? Inikah aku?

Click to view my Personality Profile page

Apa-apa pun, ini cuma anggaran dari jawapan pemikiran semasa, yang pasti sahaja boleh berubah-ubah mengikut mood kita.

Jumaat, 2009 Januari 02

Tahun Baru, Tekad Baru?

Tahun baru bermula dengan baik sekali. Tahun ini, aku mahu hidup lebih aktif, sihat dan ceria. Tidak boleh culas-culas. Pergi jauh malas-malas.

Sebagai permulaan, kami sekeluarga pergi berkelah di Taman Tasik (TT) Titiwangsa. Boleh jogging, boleh bersenam, boleh stretching... Hmm...

Paling tidak pun boleh tengok orang jogging, orang bersenam dan orang stretching.

Ini pertama kali bagiku. Anak-anak sudah acapkali juga bertandang ke sini semasa aku kerja di Arab Saudi tempoh hari. Umi siapkan nasi lemak sambal sotong, dan air milo juga. (Alamak, milo keluaran Nestle, perlu diboikot!)

Tapi... Ramainya orang di TT TTwangsa.

Silap timing, ada GP Joran, pembuka tirai 2009. Tak apalah, boleh juga lihat gelagat pemancing.

Macam lebih orang dari ikan jerr...

Pergi derma darah. Update buku yang Kakak hilangkan. Tak sampai sepuluh orang pun yang menderma. Rami pergi memancing rupanya.

Umi dan anak-anak hendak ke perpustakaan Negara. Tutup... Pustakawan juga mahu sambut tahun 2009.

Patah balik ke Balai Seni Lukis Negara. Umi ambil gambar adik & Pak Andak depan gajah...

Ha... Mana boleh ambil gambar di galeri seni. Mujur kamera tak kena rampas...

Esoknya... (2 Jan) Tekanan darah turun mendadak. Aku MC. So much of my new year resolution...

Nota: maaf, gambar tidak dapat dimuatkan, talian perlahan... akan cuba semula esok