Iklan

Isnin, September 22, 2008

Malaysia, Oh Tanah Airku (ii)



Rumah siapalah ni...

Kali pertama terpandang imej ini, apa yang terlintas di fikiran saya:
  1. Orang ini kaya harta
  2. Orang ini tidak tahu bermasyarakat
  3. Orang ini miskin teman atau saudara
  4. Orang ini patut diam dalam hutan

Nagatifnya pemikiran saya. Mengapa mudah berburuk sangka, sedang saya tidak tahu cerita di sebalik cerita. Mungkinkah:

  1. Dia mengalami gangguan emosi
  2. Jiran-jiran tidak memahami perasaannya
  3. Tiada orang yang sudi menegur dan bersahabat dengannya

Ahh... Persekitaranlah yang membentuk kita. Kita tidak boleh menyalahkan individu yang dibentuk oleh masyarakat.

Soalan: Siapa yang bertanggungjawab membentuk masyarakat kalau bukan individu?

Jawapan: Pemimpin... Dan kita adalah pemimpin diri kita.

Sabtu, September 20, 2008

Uh, Uh, Najib Tunda Lawatan ke Arab Saudi

Abe Najib kita dah jadi Menteri Kewangan sekarang. Baru sangat porfolio tu, nak kena stadi, nak kena jenguk itu ini.

Majlis bersahur tu pun tak tau apa jadi. Mungkinkah diteruskan, mungkinkah ditundakankan juga. Minta maaflah untuk semua. Tarikh pun belum ketahuan lagi.


Najib perjelas penangguhan lawatan ke Arab Saudi
Sep 20, 08 6:18am
Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa beliau menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula semalam sehingga Ahad ini disebabkan beliau perlu menyusun semula jadualnya bagi membolehkannya memulakan tugas sebagai menteri kewangan Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan senario politik dalam negara.

"Lawatan saya tidak dibatalkan, cuma saya menyusun jadual saya supaya saya dapat masuk ke Kementerian Kewangan Isnin ini dan memulakan tugas saya terutama sekali dalam keadaan di mana ekonomi dunia dan pasaran saham dunia yang tidak menentu.

"Kemungkinan ada perkembangan tertentu di peringkat dunia atau global yang memberi kesan kepada ekonomi negara dan bursa saham negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian zakat bagi Parlimen Pekan semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penangguhan lawatannya ke Arab Saudi yang sepatutnya bermula hari ini yang antara lain atur caranya itu ialah merasmikan hotel apartment dan restoran milik Felda di Mekah, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Najib berkata beliau perlu mendapatkan maklumat terkini daripada Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Bank Negara Isnin ini bagi menentukan sebarang keputusan mengenai keadaan ekonomi negara.

"Saya perlu mendengar perkembangan terkini daripada Kementerian Kewanagan termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Saham Malaysia dan Bank Negara dan untuk menentukan apa-apa keputusan yang perlu dibuat untuk meredakan keadaan semasa," kata Najib.

Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Najib, manakala Abdullah mengambil alih portfolio menteri pertahanan daripada timbalannya itu.

Bagaimanapun Najib berkata program beliau ke New York dan Washington bagi menghadiri Perhimpunan Bangsa Bersatu (PBB) akan diteruskan.

"(Program ke Arab Saudi) ditangguhkan, tapi saya terus ke New York dan Washington, dalam perjalanan balik saya akan buat umrah dan buka (rasmi) restoran Felda di Mekah," kata Najib.

Ditanya perancangannya sebagai menteri kewangan bagi menghadapi krisis ekonomi dunia ketika ini, Najib berkata: "Elok saya buat (kenyataan) pada Isnin nanti selepas dengar taklimat lebih khusus lagi," katanya.

Bagaimanapun Najib berkata apa yang dibentangkan Abdullah semasa Bajet 2009 yang berkaitan dengan kepentingan rakyat akan tetap diteruskan dan apa-apa perakuan yang dibuat dalam Belanjawan Negara yang berkaitan kepentingan rakyat akan dilaksanakan.

Selasa, September 16, 2008

Jemputan Bersahur di Hilton Jeddah


Untuk rakan-rakan yang beragama Islam, dijemput bersahur di Hilton Jeddah pada Sabtu, 20 September 2008, jam 11.00 malam.

Saya cuma memanjangkan jemputan. Yang menjemput dengarnya TPM kita, Dato Sri Najib. Ahh, dua-tiga tahun sudah pun dia ada buat juga majlis bertemu rakyat di Jeddah ni.

Macamana nak ke sana? Jangan tanya saya, tanya Encik Google Al-Map.

Khamis, September 11, 2008

CERITA SEBUAH DESA (ii)

...sambungan

Pak Mat lain. Pak Mat pandai cakap. Cakap Pak Mat cakap ada hikmat. Sampaikan, kalau Pak Mat temberang pun orang sorak dan sokong, orang dokong dan junjung. Ah... Pasal meyakinkan orang - tak kira benar atau palsu - Che Dol tak boleh saingi Pak Mat. Che Dol patut belajar tu sungguh-sungguh sebelum dapat kuasa dahulu.

Ini tidak. Che Dol sangka, orang akan dengar temberangnya macam orang dengar temberang Pak Mat. Dia tak sedar, dia tak pandai bergebang!

Tapi, Che Dol naik jadi penghulu pun tahap bidan terjun je.

Itulah, sebelum Che Dol naik jadi Penghulu, ada Abang Anu cuba nak lawan Che Mat. Padahal, Abang Anu orang nombor dua Che Mat masa tu. Berani dia nak lawan ketua! Mungkin Che Mat rasa Abang Anu tak cukup setia, Abang Anu tak cukup sedia, dicantasnya karier politik Abang Anu. Abang Anu tu pun satu, tak tahu nak tunggu giliran. Sabar lah dulu! Tak pasal-pasal duduk penjara.

bersambung ...