Iklan

Selasa, Ogos 26, 2008

PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL

------mula iklan-------Ini adalah Karangan untuk Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" anjuran Hasbullah Pit------tamat iklan-----

Layakkah saya. Blog saya ini tidak ramai pengunjungnya. Ia lebih bercirikan catatan peribadi untuk tatapan sendiri pada kemudian hari nanti.

Pun, bukanlah 'pertandingan' itu yang yang jadi matlamat, sebaliknya kebenaran yang dibawa oleh 'emas' itu sendiri.

Mengapa KWSP perlu mewajarkan 'pelaburan emas'? Mereka sudah izinkan 'pelaburan' dalam 'mutual trust/fund'. Apakah simpanan emas dapat menyaingi (atau lebih baik barangkali) daripada mutual fund? Fakta-fakta yang perlu dipertimbangkan:

  1. Nilai Emas terbukti stabil: Ini alasan utama. Di dalam apa-apa pelaburan pun, kita mahu jaminan. Kita mahu apa yang kita simpan hari ini dapat kita digunakan pada masa hadapan, setara dari nilai pelaburan yang kita buat. Terbukti, nilai emas dari dahulu sehingga kini tetap tinggi dan stabil. Saya sebutkan nilai, bukan 'harga' kerana keduanya, dari perspektif pelaburan, tidak serupa.
  2. Nilai Emas bersifat sejagat: Di mana-mana pun, emas dianggap sebagai suatu yang bernilai. Noktah!
  3. Simpanan mampu mengukuhkan dan menyokong kestabilan matawang sesebuah negara. Matawang sesbuah negara di nilai berdasarkan, antaranya oleh rizab negara terbabit. Rizab emas adalah salah satu penentu utama. Dengan menggalakkan rakyat menyimpan 'emas', secara tidak langsung menambah rizab tersebut. (Ada logik ke ni?)

Cabaran menyimpan emas: Ini ruwet! Bagaimana mahu simpan emas bernilai $100,000? Bawah bantal, dalam almari, atau di mana? Bagaimana mahu jamin keselamatannya agar tidak dikebas orang? Untuk itu, ada dua bentuk pelaburan emas;

  1. Beli emas yang direka khas untuk simpanan seperti Kijang Emas (oleh BNM), Dinar Kelantan atau keluaran luar negara seperti Eagle Coin (US), Maple Leaf (Kanada) dan sebagainya. Maaf, Swiss Gold tidak masuk kategori ini. Kaedah menyimpan; simpan di tempat yang selamat dan tidak terdedah kepada faktor kecurian.
  2. Labur di dalam unit saham bersandarkan emas. Saya cuma tahu produk Maybank iaitu Golden Savings Passbook. Maaf, e-Gold tidak termasuk kategori ini. Sekarang harga emas agak murah. Memang cantiklah kalau mahu mula melabur sekarang.

Barangkali, itu sahaja yang saya tahu tentang pelaburan atau simpanan emas. Boleh juga beli seutas dua rantai tangan atau kalung untuk dipakai atau hiasan anak perempuan dan isteri. Nanti, bila mahu guna wang dan harga pasaran pula tinggi, bolehlah dijualkan. Tapi rasanya, tak perlulah keluarkan wang KWSP untuk tujuan tersebut.

Nota: RM100,000 bila tukar jadi emas; tidak sampai 1kg. Boleh simpan dalam laci, tapi jangan beritahu orang... :)



Update terkini. Pautan balik.

  1. demi incik sebol...... - Sishoney
  2. Emas, emas dan emas - ASAL
  3. Simpanan Hari Tua Anda - GARAM (secukup rasa)
  4. Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
  5. encik hasbullah yang hensem - JeBorn
  6. KWSP GOLD ?- HardyWeb
  7. Withdrawing KWSP to buy gold ?- 1f34-1r3
  8. Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham
  9. PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
  10. Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syiok)
  11. Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap)
  12. Simpanan Hari Tua Anda Emas KWSP Abd Fatah
Hasbullah Pit: Keputusan Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas

Isnin, Ogos 25, 2008

IKLAN SURVEY

Melilau-lilau dalam dunia siber.
Terserempak dengan website ini.



Belum pasti apa tujuannya, tapi dengar kata, dia akan bayar setiap kajiselidik yang kita sertai (kalau tak berbayar, akan diberitahu terlebih dahulu).

Kalau mahu cuba;



mana tahu, boleh tambah duit poket...

Rabu, Ogos 20, 2008

CERITA SEBUAH DESA (i)

Di dalam sebuah negeri, ada sebuah desa, jauh terpencil dari gegak gempita dunia. Begitulah sangkaan penduduk-penduduknya.

Kampung itu dihuni oleh rakyat jelata yang pada dasarnya hidup dengan aman dan damai. Tidak ada perang saudara. Tidak ada pembersihan etnik. Mereka secara umumnya, rajin berkerja dan berjaya membangunkan kampung mereka sehingga setanding dengan kampung-kampung lain. Kejayaan mereka seringkali dikaitkan dengan mantan Penghulu, Pak Mat yang sudah hampir sedekad bersara, tetapi masih aktif bersuara.

Pengganti Pak Mat, Che Dol merupakan seorang yang dilihat tenang dan berhati-hati. Pada awal musim dia menjadi Penghulu, rakyat suka dengan dia. Dia membuka lebih banyak ruang untuk rakyat bersuara (atau mungkin dia tidak mampu menutup ruang itu), dan menunjukkan kesungguhan memimpin dengan turun padang menemui rakyat jelata. Pun, selang beberapa ketika, rakyat seakan sedar, yang Che Dol ini, banyak berpura-puranya.

Tenangnya Che Dol buat dia selalu dilihat lelap ketika acara-acara rasmi. Berhati-hatinya Che Dol buat dia dilihat lambat (baca: lembab) membuat dasar-dasar berani yang dapat menangani masalah semasa.

Ada isu-isu pokok yang tidak ditangani dengan baik oleh Che Dol dan kuncu-kuncunya di dalam mentadbir kampung. Harga barang makanan seperti tepung, minyak masak dan beras dibiarkan naik melambung dengan alasan, seluruh dunia mengalami nasib yang serupa. Kemudian, harga bahan bakar pula dilonjakkan sehingga membuat orang-orang kampung sesak nafas.

Projek-projek ekonomi pula dihentikan dengan alasan kekurangan dana. Tempat pelupusan sampah pejal tak dibuat. Jambatan serong ke kampung sebelah dibatalkan. Jalan keretapi merentang kampung juga dihentikan. Padahal, sudah banyak belanja dikeluarkan, merancang dan mengatur persiapan, terutama pada zaman Pak Mat berkuasa dahulu. Ramai juga yang kecewa.

Alih-alih, jalan keretapi akan dibuat semula, tapi cuma separuh kampung sahaja. Kampung belah baruh tak akan dapat rel keretapi baru itu. Padahal, biayanya cuma kurang dua ringgit sahaja dari belanjawan asal. Rakyat jadi pelik.

Alih-alih, banyak khazanah negara habis dibuang menganjur lumba sampan di pantai ceruk. Yang berlumba, semua orang luar. Orang kampung tak mampu nak berluba sampan harga juta-juta tu.

Alih-alih, orang kampung mula nampak sandiwara Che Dol. Orang kampung mula tau, patutla negara tak cukup duit nak buat itu ini, rupanya banyak disalur masuk ke dalam kantung keluarga Che Dol sendiri.

Orang kampung marah. Tapi marah orang kampung setakat itulah. Mana yang rajin, ada jugak yang berdiri tepi jalan, pegang sepanduk membantah. Tapi orang kampung pun ada kerja, takkan nak buang masa sia-sia. Bukan penghulu nak dengar apa yang mereka jerit-pekikkan di tepi jalan tu.

Tapi lama-lama siapa tahan. Che Dol ni pun satu. Sudah nyata orang kampung tahu selindung lakunya, masih lagi mahu pura-pura mulia, macam malaikat. Masih lagi dia cuba bagi gula-gula. Konon dia mahu buat macam Pak Mat.

Pak Mat lain. Pak Mat pandai cakap. Cakap Pak Mat cakap ada hikmat.

- bersambung...