Iklan

Jumaat, Oktober 31, 2008

Musim Haji Datang Lagi (ii)

PERSEDIAAN MATERIAL (HARTA BENDA)

Dalam banyak-banyak persediaan untuk pergi haji, barangkali, inilah persediaan yang paling mudah. Mudah kerana semuanya boleh dilihat, boleh dipegang, boleh dicongak. Yang penting, cukup ongkosnya.

Cukup tambang
Apa-apa pun, faktor inilah yang sering jadi penentu. Kalau tidak cukup wang tambang - pergi dan balik - tentulah tidak dapat peluang menunaikan haji. Sumber wang inilah yang perlu diperhatikan. Kalau mahu haji bersih, sumber wangnya pun perlulah bersih.

Cukup bekal dan wang saku
Ini juga mustahak. Manakan tahu, jika tiba-tiba ada keperluan yang mendesak. Tidak perlulah bawa tunai banyak-banyak. Saudi Riyal (SAR) pun bawa sekadar perlu. Apatah pula RM atau USD. Jika mahu mudah, gunakan kad ATM atau kad kredit
  • Al-Rajhi - boleh digunakan di ATM Al-Rajhi Saudi, atau
  • HSBC - boleh digunakan di ATM SABB (nama berbeza, tapi logo serupa), atau
  • kad yang ada CIRRUS atau PLUS - boleh digunakan di mana-mana ATM yang ada tanda perniagaan tersebut, atau
  • Kad Kredit - pastikan anda mendapat kebenaran untuk membuat transaksi di luar negara dari penyedia khidmat. Jika tidak, kad anda tidak boleh digunakan di sana.
  • Tabung Haji memang menyediakan kemudahan pengeluaran wang, tetapi kemudahan agak terhad (seperti pada waktu dan di premis tertentu sahaja).
  • Penting - Sesetengah mesin ATM tidak menerima urusniaga selepas pukul 12.00 malam waktu Malaysia (7.00 malam waktu Saudi).
Bawa bekal yang cukup ini bukan untuk apa, cuma untuk kita lebih tenang beribadat di sana. Tidaklah terganggu penumpuan bila tiba-tiba terpaksa mengeluarkan belanja untuk urusan yang muncul mendadak.

Cukup saraan untuk tanggungan
Ini pun kena ingatlah juga. Tak mahulah nanti, sedang mahu niat saei, bibik di rumah telefon, susu anak habis. Huh...

Apa-apa pun sebenarnya, pohonlah kecukupan dari Allah. Allah yang menjemput kita bertandang ke Rumah-Nya. Dialah yang mencukupi segala keperluan kita. Duit banyak mana pun, kalau Allah kata tak cukup, tak cukuplah kita.

Semoga Allah mencukupkan segala keperluanku sekeluarga, dunia dan akhirat. Ameen.

... bersambung.

Musim Haji Datang Lagi (i)

Musim Umrah (bulan 5) yang lalu, al-Haram sudah penuh. Musim haji kelak, pasti lebih sesak

Tahniah untuk anda yang bakal menunaikan fardu haji tahun ini. Banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum sesuatu perjalanan. Apatah lagi jika perjalanan itu melibatkan aktiviti tertentu, di tempat tertentu dan pada waktu yang terhad pula. Itulah haji, bukan satu perjalanan tangkap muat sahaja.

Saya bukanlah orang yang layak untuk menulis tentang haji, tetapi setahun lebih berada di Jazirah Arab membuatkan rakan-rakan mengira, saya sudah cukup tahu untuk menitipkan sedikit sebanyak panduan ketika berada di Tanah Suci ini. Baiklah, apa yang saya tahu, saya kongsilah di sini. Harap-harap, ramailah lagi yang dapat mengongsi pengalaman mereka.

Bermulanya Syawal sebulan yang lalu menandakan bermulanya musim haji untuk tahun ini. Jemaah haji dari serata dunia mulai meninggalkan kampung halaman menuju ke Rumah Allah. Berjuta-juta umat akan berkumpul di sini. Banyak orang , banyaklah ragam. Yang penting, ragam kitalah yang perlu kita jaga dan selia, supaya haji tidak jadi sia-sia.

Untuk mempastikan ragam dan mood kita sejajar dengan matlamat ibadah, eloklah kalau perkara-perkara berikut kita ambilkira:

  1. Persediaan material (harta benda)
  2. Persediaan fizikal (jasmani)
  3. Persediaan emosi (nafsu)
  4. Persediaan ilmu pengetahuan
  5. Persediaan rohani (spiritual)
Wahh! Banyaknya persediaan yang perlu dibuat. Benarlah, Islam itu agama yang syumul. Semua aspek diri terangkum dalam persediaan haji. Itu belum hajinya lagi. Elok juga kalau baca Travelog Haji dari PTS karya Dr. Muhd. Kamil Ibrahim. Pasti banyak panduan dan teladan.

Untuk sekalian haji dan hajah - Selamat Beribadah!

Akan datang: Persediaan material (harta benda)

Rabu, Oktober 29, 2008

Saya, Hari Raya dan Malaysia

Baju Raya tempah di Jeddah. He he he... Lepas ni tak pakai dahh

Syawal sampai juga ke penghujungnya. Tidak seperti di Arab Saudi, Aidil Fitri disambut sehingga ke penghujung Syawal, dan seringkalinya, tersasar hingga ke Aidil Adha. Lawak kan. Maaf, fakta saya tidak tepat. Bukan Aidil Fitri yang disambut sehingga sebulan lebih, tetapi semangat persaudaraan dan ukhuwwah itulah yang diraikan sepanjang-panjang bulan ini.

Kakak nangis. Penat & nak raya sambil bawa beg sekolah (Baru 3 tahun, belum sekolah lagi)


Di Arab Saudi, rata-rata menganggap, Aidil Fitri tamat seusai sembahyang raya. Betulkah? Orang Malaysia masih dengan semangat persaudaraannya. Sebab itu, jamuan raya di sini, berlanjut-lanjut sehingga paling tidak, dua minggu kemudian.

Tetamu yang datang berkunjung... Oh, rumahku kosong

Depa punya kasut - humang aii...

Barangkali, inilah hari raya yang paling mengesankan untuk saya. Melihat anak-anak, bertemu orang tua dan saudara mara... Banyak cerita...

Jumaat, Oktober 24, 2008

Rumah Naik Lori


Kalau memandu di lebuhraya, terutamanya jika menuju ke kawasan yang ada projek pembinaan, pasti sering terlihat rumah yang dibawa (bukan ditarik yaa...) dengan lori trelar seperti pada gambar.

Inilah rupabentuk rumah kongsi di Arab Saudi. Biasanya, lengkap dengan katil, tilam dan penghawa dingin. Itu untuk buruhnya. Mungkin agak sempit, satu bilik kecil kongsi empat orang (2 katil double decker). Kalau untuk kerani di tempat saya, disediakan katil single, almari dan bilik air sendiri. Yang juruteranya, tentulah bilik besar, tv, peti sejuk dan sebagainya. Khidmat cuci baju pun ada. Itu belum campur dewan makan yang sediakan makanan Timur dan Barat yang pastinya menggemukkan setiap hari. Alhamdulillah...



Kalau di Malaysia, rumah kongsinya cuma elok sedikit dari yang biasa kita guna untuk main pondok-pondok. Tilam? Air Cond? Jangan mimpi lahh!
ps: air-cond di sini bukan lambang kemewahan. sebab itu, rumah buruh pun ada ditarukkan. bayangkan kalau tidak ada air-cond...

Rabu, Oktober 22, 2008

QURAN; Bacalah