Iklan

Sabtu, Disember 06, 2008

Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang

Berita penuh di Utusan, Berita Harian, Metro, Kosma, dan semua-semua lah...

Sedih-sedih...
Tumpang sedih pada mereka yang menjadi mangsa, dan rumah dekat-dekat situ. Jalan tutup, nak pindahkan barang pun susah.

Sedih-sedih...
Sedih kat pemaju yang buat rumah kat situ, kontraktor, dan perunding juga... Mereka dah jangka benda macam ni boleh berlaku. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut tanah runtuh, buat tebing tu kukuh-kukuh...

Sedih-sedih...
Kat pentadbir yang luluskan projek pemaju ni. Dan perancang bandar juga...

Sedih-sedih...
Kat politikus yang suruh gak luluskan projek, walhal sah-sah bila ada bencana macam ni, tunjuk jari kat pentadbir (pihak berkuasa tempatan)...

Sedih-sedih...
Kat rakyat Malaysia yang memilih untuk hidup dalam keadaan macam ni...

Sedih-sedih...
Kat diri sendiri yang tak cukup berbuat sesuatu untuk perelokkan keadaan.

Raya Qurban; hari kita tinggalkan dunia (korbankan) untuk capai redza Allah. Ya Allah, redzakanlah kehidupan hamba-Mu ini...

Tiada ulasan: