إن الله وملآئكته يصلون على النبى
يآ ايه الذين آمنوصلو عليه وسلم تسليما
nota: tulisan jawi saya belum cekap. sila tegur jika salah.
Biasanya, kalau sebelum khutbah, muazzin akan baca ayat ni.
Pada khutbah kedua pun, khatib akan sebut seruan ni.
Saya selalu sembahyang jumaat di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Lepas baca ayat tu, biasanya muazzin atau khatib akan terus berselawat. Kita pun ikutlah berselawat.
Tetapi dua tiga minggu ke belakangan ini, diorang dah tak selawat. Berhenti sebentar untuk beri ruang kita bersalawat pun tidak.
Di masjid-masjid lain pun macam dah tak praktikkan salawat sebaik saja ayat tersebut dibacakan.
Terus saja sambung, 'wardhalLah... abu bakar, umar, usman, ...'
Kenapa ya? Sedangkan Allah dan para Malaikatnya bersalawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang berimana, salawatlah kamu ke atasnya....
Kedekut sangatkah kita ini?
Kalau tak mahu bersalawat, sebab ayat tu dibacakan sebagai peringatan kepada orang yang mendengar supaya mereka tu bersalawat - kira macam dah dapat pahala sebab menyeru orang bersalawat, so tak perlulah salawat lagi, nanti pahala banyak sangat - diamlah sebentar. Berilah peluang pendengar berselawat sebelum menyambung baca teks khutbah tu...
Ha, faham tak. Dah jadi macam teks khutbah pulak, ayat panjang berjela, sampai tak ingat apa mula ayat bila sampai hujung.
Hmmm... Agaknya ada pendapat lain yang lebih rajih kot. Almaklumlah, kita ni jahil. Sekolah takat darjah enam. Ada ustaz-ustaz yang boleh tolong bantu? Silakan...
Ini saya ketika 2008. Ada sahabat memuatnaik gambar yang diambil. Bapak
kurus weh. kah3. ketawa pulak aku tengok muka sendiri. kah3. Tenks to Umm
Zaynab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan