Dengar khabarnya, lebih empat juta rakyat Arab akan mengunjungi Malaysia pada cuti mucim panas kali ini. Mereka semua lari dari terik mentari yang bakal memanggang kesuluruhan gurun Arab ini. Kami yang berkerja demi memenuhi kehendak tugas, termasuk berpanas dengan suhu melampaui 50°C ini terpaksalah bersiap sedia menempuh cabaran sebegini.
Kanak-kanak dan orang tua berisiko tinggi apabila terdedah kapada kepanasan melampau pada tempoh yang agak panjang.
Antara petua-petua yang perlu diikuti bagi menghindari kecelakaan akibat suhu yang melampau termasuklah:
Kanak-kanak dan orang tua berisiko tinggi apabila terdedah kapada kepanasan melampau pada tempoh yang agak panjang.
Antara petua-petua yang perlu diikuti bagi menghindari kecelakaan akibat suhu yang melampau termasuklah:
- Pakai pakaian nipis berwarna tanah (kelabu, perang, kusam dan seumpamanya). Elakkan pakaian terlalu gelap atau terlalu terang.
- Hindari pancaran mentari berterusan. Cari teduhan dari semasa ke semasa. Tanpa teduhan, badan kita berasa 10°C lebih panas dari suhu yang ditunjuk oleh termometer.
- Minum air secara kerap dan berulang untuk menjaga kestabilan kandungan air dalam badan.
- Minum jus untuk menjaga kestabilan plasma darah.
- Sapu losyen anti sinar UV bila (SPF 15/25) bila perlu berada di luar rumah. Awas, losyen bersifat penebat. Ia boleh menghalang proses pembuangan haba dari badan. Guna bila perlu sahaja.
- Kenakan topi, kacamata hitam (berpenapis UV) dan lain-lain kelengkapan yang berciri keselamatan. Ingat, pasir juga boleh membalikkan sinar UV.
- Mandi untuk menyejukkan badan.
Tanda-tanda yang perlu diawasi:
- Rasa dahaga melampau akibat dehidrasi (kekurangan air dalam badan).
- Suhu badan panas mendadak walaupun tidak demam.
- Pening-pening, berpinar atau loya.
- Muntah.
- Pitam atau pengsan.
Apa perlu dibuat bila berlaku kecemasan:
- Cari tempat teduh.
- Minum air sejuk.
- Bantu percepatkan haba keluar dari badan seperti; tanggalkan pakaian, basahkan badan, berendam dalam air sejuk. Awas, jangan berendam dalam ais. Ini akan mengecilkan pembuluh darah dan merencatkan pengaliran haba keluar dari bahagian teras badan dan boleh mengancam nyawa.
- Bawa ke hospital atau dapatkan bantuan pakar.
Dengan cuaca panas dan kering, kulit menjadi kering dan mudah alah dan gatal-gatal. Rakan Arab menyarankan supaya kita melumurkan minyak zaitun pada keseluruhan badan, seminggu sekali. Apa-apa pun, cuaca panas bukanlah alasan untuk apa-apa keuzuran. Terutama menjelang Ramadhan pada awal bulan Sembilan nanti, Ramadhan pertama sepenuhnya di dalam musim panas.
1 ulasan:
babah, take care ya!
Catat Ulasan