Malaysia oh tanah airku, Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta, Yang kupuja sepanjang masa
Sawahmu terbentang meluas, Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang, Tak jemu mataku memandang
Sungguh indah di Malaysia, Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga, Terkenal di seluruh dunia
Malaysia negeriku Malaysia, Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka, Malaysia oh tanah airku
Lagu & Lirik oleh: Johar Bahar
Masihkah, kau akan terusan sentosa hidup merdeka
andai, yang itu dan yang ini asyik mahu berkelahi
lantaran mahukan kuasa dan pengaruh memihak
pada kocek suku-sakat sendiri...
Aku pun naik heran
apa sebenarnya yang mereka kejar
kalau setakat kuasa sementara
berserta juga sedikit harta
atau untuk kebenaran yang tinggal sisa-sisa
(kerana yang ada kebohongan cuma)
bukankah semua itu milik Yang Esa?
Mengapa rakyat mahu dipecah-pecah
mengapa kami disusah-susah?
Malaysia, oh Tanahairku
barangkali mereka lupa
nanti suatu hari
mereka perlu jawab semua sekali
bila mereka sendiri
sudah tidak boleh jadi saksi
Ini saya ketika 2008. Ada sahabat memuatnaik gambar yang diambil. Bapak
kurus weh. kah3. ketawa pulak aku tengok muka sendiri. kah3. Tenks to Umm
Zaynab.
1 ulasan:
saya batch 88-92
Catat Ulasan