Published: Monday December 1, 2008 MYT 9:29:00 AMKalau cuma enam yang ada permit, apa jaminan yang menunjukkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri mengawasi operasi pusat-pusat jagaan kanak-kanak yang selebihnya. Entah-entah, yang enam itu pun tidak diperiksa secara berkala.
Most pre-schools, nurseries in Penang don’t have
permits
By NG SU-ANN
GEORGE TOWN: Only six out of 200-odd
kindergartens and nurseries in Penang have operating permits, said Penang
Health, Welfare and Caring Society Committee chairman Phee Boon Poh...
Oops... Sekejap! Berita tu cerita pasal permit apa? Permit berniaga atau permit operasi tadika dan/atau pusat jagaan kanak-kanak?
Macamnya, cuma 'quick rent' (cukai tanah/pintu) saja yang dipertekankan. Bayar cukai komersial, bukan sekadar cukai kediaman! Maklumlah, kebanyakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak beroperasi di bangunan rumah yang lebih tenteram dan bukannya rumah kedai yang sibuk dengan aktiviti ekonomi manusia.
Tapi, takkan lah cukai itu yang jadi berita besar. Itukan boleh bincang kemudian. Yang penting, keselamatan anak-anak yang diamanahkan ke situ...
Kalau setakat 200 pengusaha, tidak sampai puluh juta pun quick rent yang dapat dikutip. Entah-entah, tidak mencapai angka juta. Ahh, sekelumit sangat berbanding pendapatan negeri secara keseluruhan.
Sepatutnya, permit operasilah yang patut di'berita'kan. Bilangan pekerjanya cukup, semuanya kompeten dan terlatih untuk menjaga anak kecil. Bangunannya dijamin selamat dan cukup luas mengikut syarat minima yang ditetapkan. Ada pengesahan Bomba. Ada latihan kecemasan dan prosedur menghadapi kecemasan. Err, apa lagi yaa...
Kalau 97% tidak ada permit operasi... Hah! Selemah itukah tahap kesedaran rakyat
Mungkin juga orang Malaysia tidak suka berleceh-leceh. 'Kengkawan hantar anak ke situ okay je, I pun hantar situ jugak laa...'
Betapa tamaknya pengusaha tadika dan pusat jagaan kanak-kanak. Ohh... Itu semua desakan perniagaan. 'Kos laa, kalau I buat semua tu, harga kena naik. Nanti pelanggan I lari...'
Ya, malang tidak berbau. Mengapa perlu ambil mudah, kalau sebenarnya kita boleh elakkan kemalangan dari berlaku. Apakah ada di antara ibu bapa di Pulau Pinang yang mahu mengalami nasib ibu bapa adik Adik Abrahaem Noah? Hush!
If you think safety is expensive, try accident!
Apa-apa pun, sudah tiba masanya kita berubah. Kalau sebelum ini, ada gelombang kesedaran politik yang dapat mencorak peta politik Malaysia, mengapa tidak kita teruskan perubahan. Buang tabiat 'Tidak Apa!' yang ada dalam masyarakat kita...
ps: termasuklah 'tidak apa' kita ditadbir oleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan